DANA PEMBELIAN BAS MINI UNTUK ANAK TAHFIZ PERGI SOLAT JUMAAT

Pahala Infaq Berkali Ganda Bulan Ramadan Ini






  Apa Yang Berlaku Sebenarnya?  


Sayu sangat hati mengenangkan anak-anak Maahad Tahfiz Al-Fateh ini terpaksa berjalan kaki berbatu jauhnya, hanya untuk menunaikan solat Jumaat!

Dianggarkan jarak Maahad Tahfiz Al-Fateh dengan masjid dalam sekitar 8 kilometer (KM). 

Itu baru solat Jumaat, macam mana pula sekiranya mereka jatuh sakit pula? Hospital terdekat ialah 14 kilometer jauhnya!

Dengan pengangkutan yang terhad ini, ramai kakitangan dan anak-anak tahfiz di sini mengalami kesukaran untuk bergerak ke luar kawasan kerana Maahad Tahfiz Al-Fateh hanya memiliki sebuah van yang memuatkan 11 orang dalam satu masa, sedangkan jumlah pelajar dah mencecah 90 orang. 

Takkan kita nak biarkan mereka yang berusaha belajar agama Allah ini terus berada dalam kesusahan, sedangkan kita pula berada dalam kesenangan? 

Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan, kami risau anak-anak tahfiz di sini semakin hilang fokus dan khusyuk dalam menghafal al-Quran kerana masalah ini.

Bayangkan, dalam keadaan panas yang membahang ini, anak-anak tahfiz Al Fateh terpaksa beratur tunggu giliran ke masjid demi menunaikan solat Jumaat. Kalau hujan pula, habis basah dengan air hujan.

Van yang ada sekarang cuma boleh bawa 11 orang dalam satu masa. Sedangkan anak-anak tahfiz ini hampir mencecah 90 orang pelajar lelaki.

Van terpaksa ulang alik sebanyak hampir 8 kali setiap minggu untuk ke masjid semata-mata untuk menunaikan solat Jumaat.

Cuba bayangkan kalau van rosak? Takkan terpaksa jalan kaki?

 

Anggaran dana yang diperlukan untuk membeli bas mini ini adalah sekitar RM200,000 ringgit


  Ini Latar Belakang Maahad Tahfiz Al-Fateh  

Maahad Tahfiz Al-Fateh merupakan sekolah yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) No. Pendaftaran JLD. 8(59) BZH5024 yang

dimulakan sejak tahun 2018.


Maahad Tahfiz Al-Fateh ini beralamat di Lot 922, Sungai Bertam, Jalan Belakang Pusat Pertanian, 44300 Batang Kali, Selangor.


3 Fokus dan Kelebihan:

1. Menawarkan kelas hafazan Al-Quran, Hadis, Fardhu Ain dan akademik dengan mengunapakai sistem hafazan dan metodologi terkini.

2. Menyediakan tenaga pengajar yang berkelulusan dalam bidang pengajian al-Quran, al-Hadis, fardhu ain dan akademik.

3. Mempunyai kemudahan untuk riadhah dan ko-kurikulum seperti padang, aktiviti menunggang kuda, memanah dan lain-lain.



  Apa Program Yang Kami Telah Jalankan?  




  Pengesahan Maklumat Sekolah  

Berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS)

No. Pendaftaran JLD. 8(59) BZH5024



  Inilah Jalan Penyelesaiannya!  


Sekiranya masalah ini dapat diselesaikan, kekerapan untuk anak tahfiz dalam menunggu giliran untuk ke solat jumaat dapat dikurangkan, seterusnya anak-anak tahfiz ini ada masa untuk berehat sebelum meneruskan hafazan dan kelas pada waktu petang dengan lebih bertenaga.

Dengan ini, prestasi hafalan al-Quran dapat ditingkatkan dengan lebih baik. 

Oleh sebab itu, projek pembelian bas mini mesti dilakukan segera demi kebaikan anak-anak tahfiz di sini. Anggaran dana yang diperlukan untuk membeli bas mini ini adalah sekitar RM300,000 ringgit. 


Antara manfaat dan butiran tentang bas mini ini : 

• Memiliki kapasiti sehingga 22 orang dalam satu masa????‍

 • Anak tahfiz tak perlu berhimpit dalam van

• Menjadi alternatif jika van tahfiz rosak.

• Memberi manfaat kepada hampir 90 orang pelajar untuk tahun 2024

• Sasaran Yang diperlukan adalah : RM 300,000.00


Sumbangan anda semua sangat diperlukan bagi memastikan anak-anak Tahfiz di sini dapat fokus menghafal al-Quran dengan lancar dan baik. 

Ayuh, anda semua boleh menjadi sebahagian daripada usaha anak Tahfiz ini dengan menyumbang ke arah pembelian Bas Mini Maahad Tahfiz Al-Fateh ini. 

InsyaAllah, moga hasil sumbangan anda menjadi pemberat pada timbangan amal di Akhirat nanti. Ameen.


 “Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”. 

 (Surah Al-Baqarah Ayat 261) 


Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.




AYUH REBUT PELUANG BERINFAK RAMADAN INI!!
 




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Infak Beli Mini Bas RM 500
Infak Beli Mini Bas RM 100
Infak Beli Minibas RM 50
Dana Ramadan (Seikhlas Hati)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN